Isnin, 7 Februari 2011

My Self

Cikgu Amek...


Perjalanan hidupku.

Hidup seseorang manusia bermula apabila dia sudah ada di dalam kandungan ibunya sehinggalah dia dilahirkan dan dibesarkan menjadi seseorang manusia. Dalam menjalani sesebuah kehidupan seseorang itu akan menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan banyak perkara pahit dan manis dalam hidupnya. Walaupun begitu tidak semua orang mengalami kehidupan yang sama dengan orang lain yang bahagia, tetapi terdapat juga sesetengah orang yang hidup dengan bahagia dengan tidak mengalami sesuatu kesusahan dan ada juga sesetengah orang yang mengalami kesusahan dan pada akhirnya mereka bahagia juga. Begitu juga bagi hidup saya yang daripada awal kehidupan sekeluarga saya sederhana sahaja. Seterusnya apabila saya sudah menjejak kaki ke sekolah rendah kehidupan sekeluarga saya berubah menjadi sedikit susah kerana ayah saya telah berhenti bekerja sebagai pembantu perubatan di jabatan perubatan di hospital Gombak dan bekerja seperti orang biasa di kampung saya.

Seterusnya kehidupan saya sejak kanak-kanak hingga sudah remaja dan dewasa ini tidak habis-habis mengalami kesusahan atau kesulitan dalam menempuh dan meneruskan kehidupan saya yang penuh dengan cabaran sehinggalah di alam universiti sekarang ini. Tetapi sejak saya mengembara ke negeri-negeri orang saya sudah biasa dengan kehidupan tersebut kerana sejak saya masih dalam kanak-kanak saya sudah terbiasa duduk dengan orang lain. Jadi tidak ada masalah dalam menyesuaikan diri ke mana sahaja saya pergi. Cuma saya banyak melakukan kesilapan sepanjang hidup saya. Banyak kesilapan yang saya lakukan walaupun perkara itu kecil atau besar. Saya tidak mahu bagitau kesilapan-kesilapan yang saya lakukan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adik-Adikku

Adik-Adikku

Inilah adik-adik atau anak-anak murid yang dahagakan sesuatu??....

Inilah adik-adik atau bakal anak-anak murid saya yang memerlukan pendedahan daripada pelbagai aspek dalam hidup mereka untuk mereka hidup lebih baik dan menjadi seorang yang berguna kepada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada suatu hari nanti.

PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL

PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL

Program TOT: Friendship, Unity & Successful

Semenjak beberapa hari atau minggu yang lalu diri saya semakin teruk kerana diri saya tidak ada keyakinan diri, kerajinan, motivasi dalam meneruskan pengajian dan hidup kerana saya memikirkan semester ini banyak sangat tugasan-tugasan yang saya harus lakukan tambahan lagi dengan emosi saya tidak stabil dengan sikap kawan-kawan saya terhadap diri saya dan memikirkan semua itu bertambahlah emosi dan kesihatan saya sangat teruk sehingga saya selalu bercakap mau mati.

Tetapi semenjak saya mengikuti program bersama Dr Aziz Shah selama tiga hari dua malam semangat saya kembali pulih semula kerana aktiviti dalam program ini memberi atau memulihkan semangat saya yang lemah atau yang tidak ada semangat lagi untuk meneruskan pengajian dan hidup saya. Dalam program ini terdapat beberapa modul yang kami ikuti iaitu modul ‘Who Are You’, ‘Human Blok’ Change your self to be somebody dan aktiviti explorace. Terdapat juga aktiviti explorace iaitu kami para peserta kena menempuh tujuh station atau check point. Dalam aktiviti ini kami diminta untuk mencari tujuh benda yang berlainan jenis, warna dan bentuk iaitu 7 jenis yang berlainan bunga, 7 tanah yang berlainan warna, 7 batu yang berlainnan bentuk, 7 jenis binatang yang berlainan dan 7 jenis barang yang berharga.

Program yang dianjurkan oleh kumpulan kami sendiri iaitu ekstovert ini sangat menarik, saya sangat suka dan seronok mengikutinya. Pada semester-semester lepas kami memang mahu mengikuti program seperti ini dan sebelum ini juga kami telah menyediakan satu program TOT bersama Dr Aziz Syah tetapi terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan menyebabkan program tersebut dibatalkan. Jadi inilah program pertama yang kami ikuti. Sebelum ini kumpulan kami ini tidak jelekit atau rapat antara satu sama lain, tetapi apabila kami mengikuti program ini kami semua menjadi rapat dan malah kami tidak mahu berpisah lagi. Kami mahu membantu antara satu sama lain dan memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang menghadapi apa-apa permasalahan dan hal ini saya berasa sangat gembira.

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati


Flash Toys at WishAFriend.com