Foto semasa pertandingan Rumah Terbuka kolej Zaba 2009/2010.
Saya mula minat dalam bidang muzik ni sejak kecil lagi apabila saya menonton lagu dangdut dan hindustan atau hindi. Jadi semenjak itu saya mula minat dalam bidang muzik ni dan semasa di alam persekolahan rendah semasa darjah tiga, saya mula masuk kelas muzik kerana ingin belajar muzik tapi sayang sekali kerana cikgu saya tidak mengajar kami apa itu muzik dan bagaimana kita nak menyanyi ke dan sebagainya, apa yang dia suruh kami buat adalah kami menyanyi apa-apa lagu sahaja. Dah lah masa tu mana ada pendedahan tentang muzik dan peralatan muzik,jadi disitu sahaja keinginan saya untuk menyanyi atau menceburi diri dalam bidang muzik terkubur sehingga la peredaran zaman baru yang terdapat pelbagai muzik hingga sekarang. Semenjak itu saya mula minat dalam menyanyi ni sehinggalah kini.Saya juga pernah terlibat dalam unit koir dan memang aktif dalam unit ini. Suara saya tidak la semerdu suara Datuk Siti Nurhaliza,tetapi setakat menyanyi tu boleh la...hehehe...Lagi-lagi kalau menyanyi beramai-ramai ni memang saya suka. Sebelum itu saya juga dikira aktif jugak la dalam menyanyi beramai-ramai untuk perayaan krismas iaitu 'carolling', tak pasti ejaan dia betul ke tak.
Foto ketika sempena hari raya(malam kebudayaan)kolej KAB.
Masuk dalam koir KAB iaitu Koir Kolej Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) saya banyak terlibat dalam persembahan dan pertandingan koir KAB ni seperti persembahan untuk sempena bulan kemerdekaan 2009 kolej KAB, persembahan sempena Simfoni Ilmu kolej KAB, persembahan sempena hari raya(malam kebudayaan kolej KAB dan persembahan sempena Dialog Rakyat Daerah Tanjong Malim dan bagi pertandingan pula adalah seperti pertandingan koir Rumah Terbuka kolej Zaba 2009/2010 sebagai johan, pertandingan Rumah Terbuka kolej KAB sebagai naik johan dan pertandiangan Rumah Terbuka kolej Zaba 2010/2011 baru-baru ni sebagai johan sekali lagi..Wah suka sangat saya dalam menyanyi ni dan itulah kejayaan sepanjang penglibatan saya dalam unit koir ini....
Foto ketika pertandingan Rumah Terbuka kolej Zaba 2010/2011.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Adik-Adikku
Inilah adik-adik atau anak-anak murid yang dahagakan sesuatu??....
Inilah adik-adik atau bakal anak-anak murid saya yang memerlukan pendedahan daripada pelbagai aspek dalam hidup mereka untuk mereka hidup lebih baik dan menjadi seorang yang berguna kepada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada suatu hari nanti.
PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL
Program TOT: Friendship, Unity & Successful
Semenjak beberapa hari atau minggu yang lalu diri saya semakin teruk kerana diri saya tidak ada keyakinan diri, kerajinan, motivasi dalam meneruskan pengajian dan hidup kerana saya memikirkan semester ini banyak sangat tugasan-tugasan yang saya harus lakukan tambahan lagi dengan emosi saya tidak stabil dengan sikap kawan-kawan saya terhadap diri saya dan memikirkan semua itu bertambahlah emosi dan kesihatan saya sangat teruk sehingga saya selalu bercakap mau mati.
Tetapi semenjak saya mengikuti program bersama Dr Aziz Shah selama tiga hari dua malam semangat saya kembali pulih semula kerana aktiviti dalam program ini memberi atau memulihkan semangat saya yang lemah atau yang tidak ada semangat lagi untuk meneruskan pengajian dan hidup saya. Dalam program ini terdapat beberapa modul yang kami ikuti iaitu modul ‘Who Are You’, ‘Human Blok’ Change your self to be somebody dan aktiviti explorace. Terdapat juga aktiviti explorace iaitu kami para peserta kena menempuh tujuh station atau check point. Dalam aktiviti ini kami diminta untuk mencari tujuh benda yang berlainan jenis, warna dan bentuk iaitu 7 jenis yang berlainan bunga, 7 tanah yang berlainan warna, 7 batu yang berlainnan bentuk, 7 jenis binatang yang berlainan dan 7 jenis barang yang berharga.
Program yang dianjurkan oleh kumpulan kami sendiri iaitu ekstovert ini sangat menarik, saya sangat suka dan seronok mengikutinya. Pada semester-semester lepas kami memang mahu mengikuti program seperti ini dan sebelum ini juga kami telah menyediakan satu program TOT bersama Dr Aziz Syah tetapi terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan menyebabkan program tersebut dibatalkan. Jadi inilah program pertama yang kami ikuti. Sebelum ini kumpulan kami ini tidak jelekit atau rapat antara satu sama lain, tetapi apabila kami mengikuti program ini kami semua menjadi rapat dan malah kami tidak mahu berpisah lagi. Kami mahu membantu antara satu sama lain dan memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang menghadapi apa-apa permasalahan dan hal ini saya berasa sangat gembira.
Sahabat Sejati
Sahabat Sejati
Flash Toys at WishAFriend.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan