Foto semasa pertandingan Rumah Terbuka kolej Zaba 2009/2010.
Saya mula minat dalam bidang muzik ni sejak kecil lagi apabila saya menonton lagu dangdut dan hindustan atau hindi. Jadi semenjak itu saya mula minat dalam bidang muzik ni dan semasa di alam persekolahan rendah semasa darjah tiga, saya mula masuk kelas muzik kerana ingin belajar muzik tapi sayang sekali kerana cikgu saya tidak mengajar kami apa itu muzik dan bagaimana kita nak menyanyi ke dan sebagainya, apa yang dia suruh kami buat adalah kami menyanyi apa-apa lagu sahaja. Dah lah masa tu mana ada pendedahan tentang muzik dan peralatan muzik,jadi disitu sahaja keinginan saya untuk menyanyi atau menceburi diri dalam bidang muzik terkubur sehingga la peredaran zaman baru yang terdapat pelbagai muzik hingga sekarang. Semenjak itu saya mula minat dalam menyanyi ni sehinggalah kini.Saya juga pernah terlibat dalam unit koir dan memang aktif dalam unit ini. Suara saya tidak la semerdu suara Datuk Siti Nurhaliza,tetapi setakat menyanyi tu boleh la...hehehe...Lagi-lagi kalau menyanyi beramai-ramai ni memang saya suka. Sebelum itu saya juga dikira aktif jugak la dalam menyanyi beramai-ramai untuk perayaan krismas iaitu 'carolling', tak pasti ejaan dia betul ke tak.
Foto ketika sempena hari raya(malam kebudayaan)kolej KAB.
Masuk dalam koir KAB iaitu Koir Kolej Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) saya banyak terlibat dalam persembahan dan pertandingan koir KAB ni seperti persembahan untuk sempena bulan kemerdekaan 2009 kolej KAB, persembahan sempena Simfoni Ilmu kolej KAB, persembahan sempena hari raya(malam kebudayaan kolej KAB dan persembahan sempena Dialog Rakyat Daerah Tanjong Malim dan bagi pertandingan pula adalah seperti pertandingan koir Rumah Terbuka kolej Zaba 2009/2010 sebagai johan, pertandingan Rumah Terbuka kolej KAB sebagai naik johan dan pertandiangan Rumah Terbuka kolej Zaba 2010/2011 baru-baru ni sebagai johan sekali lagi..Wah suka sangat saya dalam menyanyi ni dan itulah kejayaan sepanjang penglibatan saya dalam unit koir ini....
Foto ketika pertandingan Rumah Terbuka kolej Zaba 2010/2011.
Ahad, 13 Februari 2011
Khamis, 10 Februari 2011
Aktiviti untuk Keyakinan Diri
Aktiviti untuk keyakinan diri dan niat yang baik terhadap diri sendiri dan orang lain dengan bercakap kepada diri sendiri dengan perkara baik-baik sahaja agar diri kita tidak mengalami apa-apa masalah. Jika kita bersangka baik kepada diri sendiri dan orang lain sudah pasti kita tidak akan mengalami pelbagai masalah malah kita akan memperoleh pelbagai kejayaan dalam diri dan hidup kita. Jadi kita semua harus berniat baik dan bersangka baik terhadap diri kita sendiri dan orang lain agar kita semua memperoleh sesuatu kejayaan yang kita ingini dan hajati...
Amek sedang berdiri atas telur yang ketika ini menahan nafas supaya telur yang dipijak tidak pecah,,hehehe, tengok la muka Amek ketika menahan nafas, takut telor tu pecah, hehehehe.......
Amek boleh yeahhhh......
Saya juga dikatogorikan sebagai orang yang telah berjaya pijak telur dengan tidak pecah, tengoklah..huhu.. Percaya ke tak, pijak telur tidak pecah. Sape tak percaya pendek umur huhu..hehehe....
Amek sedang berdiri atas telur yang ketika ini menahan nafas supaya telur yang dipijak tidak pecah,,hehehe, tengok la muka Amek ketika menahan nafas, takut telor tu pecah, hehehehe.......
Amek boleh yeahhhh......
Saya juga dikatogorikan sebagai orang yang telah berjaya pijak telur dengan tidak pecah, tengoklah..huhu.. Percaya ke tak, pijak telur tidak pecah. Sape tak percaya pendek umur huhu..hehehe....
Rabu, 9 Februari 2011
Mengatasi Sakit Kepala
Ada berapa tips bagi mengatasi dan juga mengurangkan sakit migrain ini.
Migrain ialah sakit kepala yang paling kerap di alami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Antara tanda-tanda migrain ialah sakit kepala yang berdenyut diikuti dengan muntah dan pitam.
Bagaimanapun migrain tidak didedahkan kepada maut. Factor keturunan turut menjadi punca migrain tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti:
1. Ketegangan
Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaja terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
2. Pengambilan Ubat-Ubatan
Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan ‘monosodium glumate atau MSG; kafein dan alkohol boleh juga menyebabkan sakit kepala.
3. Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh meyebabkan sakit kepala.
Untuk meredakan serangan, cuba ikuti panduan ini:
• Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam. Ia bukan sahaja dapat meredakan sakit kepala yang teruk, malah dipercayai dapat mengelakkan migrain.
• Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
• Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.
• Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala itu. Tekapkan pada mata seketika.
• Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
• Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.
Isnin, 7 Februari 2011
Saya Nak Jadi Cikgu....
Semenjak saya sudah masuk ke sekolah rendah, saya sudah mula minat dengan bidang pendidikan iaitu saya mau jadi seorang guru pada suatu hari nanti. Ceritanya, pada suatu petang di halaman rumah saya, saya dengan seorang sahabat saya membuat kelas dan kami berdua sebagai cikgu dan anak-anak saudara serta adik-adik saya menjadi anak murid kami. Kami mengajar bahasa melayu iaitu membaca ‘a, b, c dan mengeja suku kata ba, be, bi, bo, bu serta subjek matematik iaitu tambah dan tolak kepada mereka.
Dan gambar di atas adalah gambar saya sendiri bersama murid-murid darjah enam dari sekolah rendah Kebangsaan Sri Permai Gua Musang Kelantan sekolah yang saya belajar dulu. Gambar ini ketika mereka pergi ke Kota Bharu untuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun lepas 2010. Ketika ini saya yang sedang memberi maklumat tentang peringkat-peringkat pendidikan dari upsr hingga ke universiti, mengajar subjek bahasa melayu dan bahasa enggeris serta memberi sedikit motivasi kepada mereka untuk mereka menghadapi peperiksaan UPSR pada cuti raya aidil fitri tahun lepas. Saya diminta oleh guru besar mereka untuk menjaga, memberi sedikti motivasi, semangat, tips untuk menghadapi peperiksaan UPSR dan mengajar serta menggantikan guru-guru yang sedang balik kampung untuk menyambut hari raya aidil fitri ketika itu. Pada masa ini saya berasa seronok mengajar mereka dan saya mengingat pada minat saya nak jadi cikgu dan daripada minat tadi saya bercita-cita nak jadi seorang guru pada suatu hari nanti.
Oleh kerana cita-cita saya nak jadi seorang guru saya berusaha untuk menjadi seorang guru dan akhirnya saya pun telah berjaya menjadi seorang guru dan juga bukan seorang guru biasa tetapi bakal menjadi seorang guru kaunselor kelak. Syukur kepada Tuhan atas semua berkat-berkatNya terhadap hidup saya.... Cuma sekarang saya kena berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang guru kaunselor yang berdedikasi kelak.
My Self
Cikgu Amek...
Perjalanan hidupku.
Hidup seseorang manusia bermula apabila dia sudah ada di dalam kandungan ibunya sehinggalah dia dilahirkan dan dibesarkan menjadi seseorang manusia. Dalam menjalani sesebuah kehidupan seseorang itu akan menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan banyak perkara pahit dan manis dalam hidupnya. Walaupun begitu tidak semua orang mengalami kehidupan yang sama dengan orang lain yang bahagia, tetapi terdapat juga sesetengah orang yang hidup dengan bahagia dengan tidak mengalami sesuatu kesusahan dan ada juga sesetengah orang yang mengalami kesusahan dan pada akhirnya mereka bahagia juga. Begitu juga bagi hidup saya yang daripada awal kehidupan sekeluarga saya sederhana sahaja. Seterusnya apabila saya sudah menjejak kaki ke sekolah rendah kehidupan sekeluarga saya berubah menjadi sedikit susah kerana ayah saya telah berhenti bekerja sebagai pembantu perubatan di jabatan perubatan di hospital Gombak dan bekerja seperti orang biasa di kampung saya.
Seterusnya kehidupan saya sejak kanak-kanak hingga sudah remaja dan dewasa ini tidak habis-habis mengalami kesusahan atau kesulitan dalam menempuh dan meneruskan kehidupan saya yang penuh dengan cabaran sehinggalah di alam universiti sekarang ini. Tetapi sejak saya mengembara ke negeri-negeri orang saya sudah biasa dengan kehidupan tersebut kerana sejak saya masih dalam kanak-kanak saya sudah terbiasa duduk dengan orang lain. Jadi tidak ada masalah dalam menyesuaikan diri ke mana sahaja saya pergi. Cuma saya banyak melakukan kesilapan sepanjang hidup saya. Banyak kesilapan yang saya lakukan walaupun perkara itu kecil atau besar. Saya tidak mahu bagitau kesilapan-kesilapan yang saya lakukan tersebut.
Perjalanan hidupku.
Hidup seseorang manusia bermula apabila dia sudah ada di dalam kandungan ibunya sehinggalah dia dilahirkan dan dibesarkan menjadi seseorang manusia. Dalam menjalani sesebuah kehidupan seseorang itu akan menghadapi pelbagai rintangan, cabaran dan banyak perkara pahit dan manis dalam hidupnya. Walaupun begitu tidak semua orang mengalami kehidupan yang sama dengan orang lain yang bahagia, tetapi terdapat juga sesetengah orang yang hidup dengan bahagia dengan tidak mengalami sesuatu kesusahan dan ada juga sesetengah orang yang mengalami kesusahan dan pada akhirnya mereka bahagia juga. Begitu juga bagi hidup saya yang daripada awal kehidupan sekeluarga saya sederhana sahaja. Seterusnya apabila saya sudah menjejak kaki ke sekolah rendah kehidupan sekeluarga saya berubah menjadi sedikit susah kerana ayah saya telah berhenti bekerja sebagai pembantu perubatan di jabatan perubatan di hospital Gombak dan bekerja seperti orang biasa di kampung saya.
Seterusnya kehidupan saya sejak kanak-kanak hingga sudah remaja dan dewasa ini tidak habis-habis mengalami kesusahan atau kesulitan dalam menempuh dan meneruskan kehidupan saya yang penuh dengan cabaran sehinggalah di alam universiti sekarang ini. Tetapi sejak saya mengembara ke negeri-negeri orang saya sudah biasa dengan kehidupan tersebut kerana sejak saya masih dalam kanak-kanak saya sudah terbiasa duduk dengan orang lain. Jadi tidak ada masalah dalam menyesuaikan diri ke mana sahaja saya pergi. Cuma saya banyak melakukan kesilapan sepanjang hidup saya. Banyak kesilapan yang saya lakukan walaupun perkara itu kecil atau besar. Saya tidak mahu bagitau kesilapan-kesilapan yang saya lakukan tersebut.
Jeng..Jeng..Jeng..
Salam sejahtera semua. Akhirnya blog ni berjaya juga dihasilkan.. Syukur....walau tidak mahir dalam bab blog ni, oleh kerana usaha dan ingin belajar sesuatu serta tunjuk ajar daripada kawan-kawan ekstrovert, berjaya juga saya hasilkan blog saya yang tidak seberapa cantik dan menarik ini. Blog ini adalah tugasan kami yang telah diberikan oleh pensyarah kami En. Aziz Yatim untuk kegunaan kami ketika di setting sekolah nanti agar kami bakal-bakal kaunselor menarik minat dan membantu pelajar kami dalam apa-apa sahaja bidang yang pelajar ataupun klien kami ingin tahu dalam keperluan hidup mereka. Blog ini Saya memilih latar belakang blog yang bertemakan alam semula jadi iaitu hutan yang berwarna hijau kerana saya sangat suka dengan alam semula jadi kerana pemandangan yang hijau ini menenangkan bagi jiwa saya juga kerana alam semula jadi adalah sesebuah alam semula jadi kehidupan saya. Apabila saya tertekan saya akan melihat gunung-gunung ataupun hutan yang hijau,jadi semua ini akan menenangkan kembali emosi saya kepada asal atau normal dan begitulah seterusnya dalam kehidupan saya yang sememangnya berasal dari pedalaman dan kampung saya juga penuh dengan hutan-hutan. Saya memang biasa dengan kehidupan dengan alam semula jadi ini...
Gambar pemandangan di hadapan rumahku..
Gambar pemandangan di hadapan rumahku..
Langgan:
Catatan (Atom)
Adik-Adikku
Inilah adik-adik atau anak-anak murid yang dahagakan sesuatu??....
Inilah adik-adik atau bakal anak-anak murid saya yang memerlukan pendedahan daripada pelbagai aspek dalam hidup mereka untuk mereka hidup lebih baik dan menjadi seorang yang berguna kepada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada suatu hari nanti.
PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL
Program TOT: Friendship, Unity & Successful
Semenjak beberapa hari atau minggu yang lalu diri saya semakin teruk kerana diri saya tidak ada keyakinan diri, kerajinan, motivasi dalam meneruskan pengajian dan hidup kerana saya memikirkan semester ini banyak sangat tugasan-tugasan yang saya harus lakukan tambahan lagi dengan emosi saya tidak stabil dengan sikap kawan-kawan saya terhadap diri saya dan memikirkan semua itu bertambahlah emosi dan kesihatan saya sangat teruk sehingga saya selalu bercakap mau mati.
Tetapi semenjak saya mengikuti program bersama Dr Aziz Shah selama tiga hari dua malam semangat saya kembali pulih semula kerana aktiviti dalam program ini memberi atau memulihkan semangat saya yang lemah atau yang tidak ada semangat lagi untuk meneruskan pengajian dan hidup saya. Dalam program ini terdapat beberapa modul yang kami ikuti iaitu modul ‘Who Are You’, ‘Human Blok’ Change your self to be somebody dan aktiviti explorace. Terdapat juga aktiviti explorace iaitu kami para peserta kena menempuh tujuh station atau check point. Dalam aktiviti ini kami diminta untuk mencari tujuh benda yang berlainan jenis, warna dan bentuk iaitu 7 jenis yang berlainan bunga, 7 tanah yang berlainan warna, 7 batu yang berlainnan bentuk, 7 jenis binatang yang berlainan dan 7 jenis barang yang berharga.
Program yang dianjurkan oleh kumpulan kami sendiri iaitu ekstovert ini sangat menarik, saya sangat suka dan seronok mengikutinya. Pada semester-semester lepas kami memang mahu mengikuti program seperti ini dan sebelum ini juga kami telah menyediakan satu program TOT bersama Dr Aziz Syah tetapi terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan menyebabkan program tersebut dibatalkan. Jadi inilah program pertama yang kami ikuti. Sebelum ini kumpulan kami ini tidak jelekit atau rapat antara satu sama lain, tetapi apabila kami mengikuti program ini kami semua menjadi rapat dan malah kami tidak mahu berpisah lagi. Kami mahu membantu antara satu sama lain dan memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang menghadapi apa-apa permasalahan dan hal ini saya berasa sangat gembira.
Sahabat Sejati
Sahabat Sejati
Flash Toys at WishAFriend.com