Sabtu, 30 April 2011

PROGRAM KHISWA SEKRETARIAT RUKUN NEGARA (SRN) DI SRK KG KENANG SG SIPUT PERAK...

Program 1 MALAYSIA KHISWA Sekretariat Rukun Negara UPSI di SMK KG Kenang Sungai Siput Perak..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adik-Adikku

Adik-Adikku

Inilah adik-adik atau anak-anak murid yang dahagakan sesuatu??....

Inilah adik-adik atau bakal anak-anak murid saya yang memerlukan pendedahan daripada pelbagai aspek dalam hidup mereka untuk mereka hidup lebih baik dan menjadi seorang yang berguna kepada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada suatu hari nanti.

PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL

PROGRAM TOT: FRIENDSHIP, UNITY & SUCCESSFUL

Program TOT: Friendship, Unity & Successful

Semenjak beberapa hari atau minggu yang lalu diri saya semakin teruk kerana diri saya tidak ada keyakinan diri, kerajinan, motivasi dalam meneruskan pengajian dan hidup kerana saya memikirkan semester ini banyak sangat tugasan-tugasan yang saya harus lakukan tambahan lagi dengan emosi saya tidak stabil dengan sikap kawan-kawan saya terhadap diri saya dan memikirkan semua itu bertambahlah emosi dan kesihatan saya sangat teruk sehingga saya selalu bercakap mau mati.

Tetapi semenjak saya mengikuti program bersama Dr Aziz Shah selama tiga hari dua malam semangat saya kembali pulih semula kerana aktiviti dalam program ini memberi atau memulihkan semangat saya yang lemah atau yang tidak ada semangat lagi untuk meneruskan pengajian dan hidup saya. Dalam program ini terdapat beberapa modul yang kami ikuti iaitu modul ‘Who Are You’, ‘Human Blok’ Change your self to be somebody dan aktiviti explorace. Terdapat juga aktiviti explorace iaitu kami para peserta kena menempuh tujuh station atau check point. Dalam aktiviti ini kami diminta untuk mencari tujuh benda yang berlainan jenis, warna dan bentuk iaitu 7 jenis yang berlainan bunga, 7 tanah yang berlainan warna, 7 batu yang berlainnan bentuk, 7 jenis binatang yang berlainan dan 7 jenis barang yang berharga.

Program yang dianjurkan oleh kumpulan kami sendiri iaitu ekstovert ini sangat menarik, saya sangat suka dan seronok mengikutinya. Pada semester-semester lepas kami memang mahu mengikuti program seperti ini dan sebelum ini juga kami telah menyediakan satu program TOT bersama Dr Aziz Syah tetapi terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan menyebabkan program tersebut dibatalkan. Jadi inilah program pertama yang kami ikuti. Sebelum ini kumpulan kami ini tidak jelekit atau rapat antara satu sama lain, tetapi apabila kami mengikuti program ini kami semua menjadi rapat dan malah kami tidak mahu berpisah lagi. Kami mahu membantu antara satu sama lain dan memberi sokongan kepada rakan-rakan kami yang menghadapi apa-apa permasalahan dan hal ini saya berasa sangat gembira.

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati

Sahabat Sejati


Flash Toys at WishAFriend.com